pantang larang pengantin...before nak jadi pengantin la...kebanyakkan sume org tau pasal ni...mungkin ada certain point je korang tau...sebab dah selalu sangat org cakap...tapi nak share yang selebih2nye...ada gak macam pelik...18sx 2 takde la tuk yang bakal2 pengantin..kalo 18sx takkan la nak jadi pengantin kan...18sx ni kot2 ada budak bawah umur baca ke...tak ke naya...tapi budak2 sekarang yang tak boleh 2 la yang diorang nak jugak...lantak korang la...
- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
- Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
- Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.
- Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. Lols ! Lepas kahwin buncit jugak perut. Konspirasi golongan isteri terhadap suami.
- Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. Apa yang diaorang lupa ialah, selain petai dan jering ada jugak spesis yang mulut memang bau busuk nak mampus.
- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. Lepas kahwin? Patutlah serabai. Hahah
- Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. Terdapat hadis dalam perkara ini.
- Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis. Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
- Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. "I bosanlah, tak penah puas. Rasa macam nak makan kuaci jek tauuuuuuu.."
- Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
- Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki). Bajet derrr !! Kalau asyik beli seluar dalam, tak dapat ngumpul duit buat hantaran. Sekarang bukan murah woiiiiiii.
- Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
- Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. Ahakssss!
- Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. Double the ahaksss !
- Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. Pastikan tidak berbunyi pada malam pertama kerana ia sesuatu yang sangat anti climax. Ingat tu..
- Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. Bila bini lalu, cuba fewiittt kat bini, tengok apa respon. Bebaru mungkin dia senyum, lelama esok, dia akan kata "buat tebiat orang tua ni."
- Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. Kena tahan. Jangan tengok 3gp
- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
- Elakkan minum minuman keras dan merokok. Apaaaaa?
- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. MAC ada. Kepam jadik putih. Tak cukup? Pakai photoshop.
- Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin."Sorry shayang, ngilu ahh."
- Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. "Senduk lah u ni.. ai....
- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. Wajib.
- Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil,
- Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. Unsur jahat ialah buaya buaya yang sememangnya ada. Itu bukan tok nenek tumpang lalu, moyang pun jin.
- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
- Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama. Crap!
- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. Bukak aircon full blast.
- Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang.
- Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
- Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar.
- Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. Selepas pun sama, tapi untuk orang lain, banyak sample DNA nanti.
- Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. Hahahahaha. Yang ni paling klasik.
- Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. Sekarang tak boleh, sebab karang tetiba kening panjang dilukisnya.. dah macam Pirates Of the Carribean.
- Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. Macam cerita P Ramlee, jeling jek.
- Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. Ehh ada ke orang makan kepala ayam? Gila ke apa?
- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. Hahahahaha.. pondan pondan patutlah tak seri. Hahahah
- Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.Haaaa?
- Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
No comments:
Post a Comment