Wednesday, September 28, 2011

Cinta tak perlukan alasan

P : Mengapa kau menyukaiku?
L : Aku tak dapat menjelaskannya.Tetapi aku betul-betul menyukaimu.
P : Kau kata kau sayangkan aku tapi tidak dapat memberikan sebarang alasan.Jadi, bagaimana kau boleh berkata menyayangiku? Bagaimana kau boleh berkata kau mencintaiku?
L : Aku betul-betul tak tahu kenapa, tetapi aku dapat membuktikan bahawa aku mencintaimu.
P : Bukti? Tidak! Aku nak kau menjelaskan "kenapa". Boyfriend kawanku sendiri dapat memberikan sebab kenapa dia mencintai kekasihnya,tetapi kau tak!!!
L : Ok ok!!! Hmm kerana kau cantik, kerana suaramu sedap didengar, kerana kau sentiasa menjadi perhatian orang, kerana kau selalu mengambil berat, kerana kau bijak pandai, kerana senyumanmu, kerana setiap gerakkanmu...
Sayangnya, beberapa hari kemudian, Si Perempuan mengalami kemalangan dan koma. Si Lelaki itu kemudiannya meletakkan surat di sisinya, dan isinya seperti berikut:

Kekasihku,
Kerana suaramu yang merdu aku mencintaimu. Dapatkah kau bersuara sekarang?
Tidak! Oleh kerana itu aku tidak dapat mencintaimu.
Kerana kau selalu mengambil berat akan aku maka aku menyukaimu. Sekarang kau sama sekali tidak dapat menunjukkannya, oleh kerana itu aku tidak dapat mencintaimu..
Kerana senyumanmu, kerana setiap gerakkanmu maka aku mencintaimu.
Sekarang dapatkah kau tersenyum? Dapatkah kau bergerak?
Tidak! Kerana itu juga aku tidak dapat untuk mencintaimu..
Jika cinta memerlukan alasan seperti sekarang, maka tidak ada lagi alasan untukku mencintaimu lagi.
Apakah cinta memerlukan alasan?
TIDAK!
Oleh kerana itu, aku masih tetap mencintaimu dan cinta tidak memerlukan alasan
Ketika mencintai seseorang jangan pernah menyesal dengan apa yang pernah dilakukan, tetapi menyesallah terhadap apa yang tidak pernah tidak dilakukan.
Jika Tuhan membawa engkau kepada cinta..Dia akan menemanimu untuk menikmatinya.

p/s...memang betul cinta tak perlukan alasan...tapi aku mempunyai alasan yg tersendiri kenapa aku cintakan MOHD FAIZUL...

No comments:

Post a Comment