Wednesday, September 14, 2011

Lelaki Budiman

Sifat baik dan bersopan terhadap wanita sudah lama menjadi ukuran tingkah laku seorang lelaki budiman atau ‘gentleman’, tetapi adakah ciri-ciri itu masih wujud pada hari ini?
Tanyalah kepada kebanyakan kaum hawa, yang muda dan berusia, mengenai pemerhatian mereka terhadap kaum lelaki dan mereka pasti mengeluh yang lelaki ‘gentleman’ sudah hampir tiada di sekeliling mereka.
Apabila ada lelaki yang memberi tempat duduknya kepada wanita, membuka pintu untuk wanita atau memberi laluan kepada wanita masuk ke dalam lif atau koc terlebih dahulu, ia kini dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan dan bukan lagi norma sosial atau amalan biasa kini.
Tetapi adakah memiliki budi pekerti baik memadai untuk menyifatkan seorang lelaki itu budiman? Atau adakah lelaki sopan ini tidak lebih daripada impian keterlaluan wanita untuk mencari ciri lelaki ideal yang dianggap gentleman?
Perkataan ‘gentleman’ membawa maksud “sesiapa yang tahu bagaimana untuk menghormati wanita, rendah diri terhadap semua ciptaan Tuhan dan tahu had dalam perbualan dan batasan tingkah laku semasa berdampingan dengan wanita”.
“Dan yang lebih penting, seorang lelaki budiman akan memastikan wanita berasa selesa dan selamat dengan kehadirannya. Seorang ‘gentleman’ juga harus tahu berinteraksi dengan baik...
“Seorang ‘gentleman’ akan melindungi wanita daripada bahaya, dia bagaikan perisai bagi kaum hawa.”
“Bila berjalan dengan wanita, seorang gentleman akan berjalan di sebelah luar, dan beberapa langkah di hadapan,”
Seorang lelaki yang disegani dan beradab. Dalam perkataan mudah, lelaki yang berpegang pada kata-katanya,”
Dalam erti kata lain, seorang gentleman bukan hanya setakat membuka pintu atau memberi laluan kepada wanita, ia lebih kepada menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan timbang rasa terhadap orang lain tanpa mengira jantina. Melayani sesiapa sahaja dengan penuh hormat ialah sifat ‘gentleman’ yang sebenar.

1 comment:

  1. Jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara adalah kunci kepada sifat lelaki yang budiman.

    ReplyDelete