Thursday, September 20, 2012

tanda tanda lelaki merajuk


Orang lelaki kalau merajuk dia boleh jadi complicated kerana dia tak akan tunjuk secara terang-terang. Kalau kaum wanita tak alert, tulah sebabnya boleh jadi pergaduhan. dan, tak perlu pujuk pun, lama-lama dia akan cool down sendiri~

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.asal majok jek nak bisu yek...dan macam biasa la...aku jugak la yang buat mcm 2...huhuhuhu...die tanya ke ape ke aku diammmmmmmmmmmmmm jek...

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.masing2 lum penah wat tak tau lagi la...majok tetap majok tapi tunang tetap utama...

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan…)yang ni pun aku jugak yang selalu buat...yela aku je yang selalu merajuk..

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)yang ni bukan die jek..ngan aku2 pun buat tak tau kalo merajuk...tapi jarang la ejoy nak buat tak tau...kalo acuh tak acuh 2 ada la sikit...

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.errrrrr...no komen...

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.takde maknanya...dari die serabut tgk tv tapi hati ke lain kepala asyik dok pk jek baik die tido sepuas2nye...

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!buat tak pernah..tapi die penah cakap la nak kuar umah sbb serabut...eh die bagitau...tak plak kalo die tak bagitau...hurmmm...

Matikan Telefon Bimbit
Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat…hurmmm...ejoy tak pernah buat lagi..tapi 4sure takat ni aku je la yang penah buat mcm 2...heheheeh

Hisap Rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…yang ni betul2 ejoy penah buat...sekali..masa 2 mmg kitorang gaduh besar punye...aku betul2 frust...pas kes 2 aku asyik perli jek pasal rokok...

p/s : banyak yang kat atas ni aku yang buat berbanding ejoy...dah aku plak yang jadi lelakinye...huhuhu...ejoy jarang merajuk ngan aku...sbb die yang selalu buat aku majok...dan aku plak takde masa nak buat die majok...kadang2 2 ada la...tapi kalo die majok jarang plak die buat sume yang kat atas ni...hurmmm...



No comments:

Post a Comment